Selasa, 31 Desember 2013

Suami saman isteri kerana miliki wajah hodoh


Awal tahun ini, Jian Feng, bercerai dan menyaman isterinya kerana wajahnya yang hodoh. Jian Feng menang kes ini dan mendapat ganti rugi £75,000. Feng berkata dia mula bertanya wajah isterinya setelah anak perempuan mereka lahir. Dia bergitu terkejut dengan penampilan anak mereka tersebut, yang disebutnya "Luar Biasa hodoh" dan menyebut anaknya tidak mirip dengan kedua orangtuanya. Feng merasa sangat marah dan awalnya menuduh isterinya curang.

Kerana tuduhan tersebut, akhirnya isterinya mengakui bahawa dia telah menghabiskan sekitar £62,000 untuk pembedahan plastik yang mengubah penampilannya jauh sebelum dia bertemu dengan suaminya. Feng mengajukan tuntutan cerai dengan tuduhan bahawa isterinya telah menipunya dan meyakinkan untuk mengahwininya dengan alasan palsu. Para juri akhirnya setuju dengannya dan membenarkan tuntutannya.


P/S - Itulah logiknya, manusia boleh merubah rupa dan fizikal, tapi bila lahirnya anak, mesti ikut rupa asal kan....renungkan.......


Tidak ada komentar:

Posting Komentar