Kamis, 19 Desember 2013

Chin Peng Lebih ‘Aman’ Di Bangkok – KPN


SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng bukanlah seorang warganegara Malaysia kerana mendiang tidak pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan hak kerakyatannya di negara ini.

Beliau pada masa sama berkata, Chin Peng akan lebih aman sekiranya disemadikan di tempat beliau menghabiskan sisa hidupnya.

“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM… Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya menerusi laman mikro Twitter.

Chin Peng meninggal dunia pagi tadi di sebuah hospital di Bangkok.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar