Bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan mereka tanpa menerima pencen, bakal menerima imbuhan bulanan sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13.

"Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, kita akan berikan keutamaan kepada bekas-bekas angkatan tentera," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sewaktu ceramah malam tadi di Taman Rekreasi AU3, Wangsa Maju..

NONE"Kepada mereka yang tamat dan tak ada pencen, jawatankuasa manifesto Pakatan Rakyat sedang mengira berapa imbuhan bulanan yang kita boleh berikan (kepada mereka) daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Kita dah kira, kita yakin boleh bagi imbuhan setiap bulan walaupun tak sebanyak pencen," tambah Rafizi.

Menurutnya, jumlah imbuhan itu belum ditetapkan lagi namun cadangan itu telah diketahui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, Pakatan Rakyat turut bercadang untuk meningkatkan caruman kerajaan ke dalam LTAT bagi memastikan kebajikan anggota tentera lebih terpelihara.

"Kalau sebelum ini carumannya adalah 15 peratus, kalau kita menang, kita boleh naikkan caruman kepada 20 peratus," katanya.

Tanpa memberikan sebarang perincian, Rafizi turut menjanjikan isu perumahan anggota tentera akan diberikan keutamaan oleh Pakatan Rakyat.

NONE"Kita juga janji, kalau Pakatan Rakyat menang, masalah perumahan anggota tentera kita bagi keutamaan," katanya.

read more...