Jumat, 31 Januari 2014

Ainan Tasneem Enggan Bergambar Dengan Lelaki Elak Fitnah

Ainan Tasneem Enggan Bergambar Dengan Lelaki Elak Fitnah | Ainan Tasneem yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia bertegas untuk tidak bergambar secara berdua-duaan dengan artis lelaki walaupun untuk sesi fotografi media.

Ainan Tasneem Enggan Bergambar Dengan Lelaki Elak Fitnah

Menurut Ainan, keputusan itu dibuat bagi mengelak timbulnya sebarang fitnah selain ingin menjaga nama baik keluarganya.

"Saya bertekad untuk tampil bersih dan tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi termasuk bergambar dengan artis lelaki kecuali secara beramai-ramai.

"Keputusan itu dibuat bagi menghargai kepercayaan dan kebebasan yang diberikan oleh keluarga untuk saya bergiat aktif dalam bidang nyanyian," katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Aku Suka Dia di Hotel Royal di sini, Selasa.

Album yang mengandungi lima buah lagu itu diterbitkan oleh syarikat MVM Productions. Tambah Ainan lagi, album yang dilancarkan itu bagi memenuhi permintaan peminat yang sering bertanya tentang perkara itu kepadanya.

Menurutnya, walaupun hanya memuatkan lima buah lagu dia akan tampil dengan album penuh pada penghujung tahun ini dan akan mempelbagaikan genre muzik untuk pendengar.

Antara lagu yang dimuatkan adalah Aku Suka Dia, 150 Juta, Ente Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.

Dalam perkembangan sama, bapa kepada Ainan iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir yang turut hadir pada sidang media itu berkata, pada mulanya dia keberatan untuk membenarkan anaknya itu terlibat secara serius dalam bidang nyanyian.

Ini kerana katanya dia lebih suka melihat Ainan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Malaysia Perlis dalam bidang Kejuruteraan Bioproses sehingga tamat.

"Lama saya mengambil masa untuk memberi keputusan namun melihat kepada penerimaan peminat dan yakin dia dapat menjadi contoh kepada remaja yang lain, saya benarkan.

"Pun begitu saya meletakkan beberapa syarat seperti menjaga maruah diri, merendah diri dan bersederhana supaya dia sentiasa ingat tujuan asal untuk bergelar penyanyi," jelasnya.

Tambah Ridzuan, sejak di bangku sekolah rendah lagi anaknya itu memang gemar menyanyi dan banyak menyertai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah dan negeri. sumber

Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Dua ditahan semula di bawah SOSMA kerana keganasan kata peguam

Oleh Boo Su-Lyn
May 27, 2013
Mahkamah Tinggi telah membuang kes Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim sebelum ini yang mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, namun kedua-dua mereka ditahan semula hari ini. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 27 Mei — Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim ditahan semula pagi ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), walaupun Mahkamah Tinggi membuang kes sebelum ini yang mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, kata peguam.

Peguam Yazid, Fadiah Nadwa Fikri mengatakan hari ini mereka ditahan di bawah Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, jatuh di bawah SOSMA, karana melindungi pengganas untuk aktiviti pengganas, tetapi berkata tidak diketahui jika Halimah Hussein, yang juga telah didakwa di bawah undang-undang keselamatan itu, telah ditangkap semula.

“Sudah tentu ia adalah mala fide,” kata Fadiah kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Mereka gagal dalam pendakwaan pertama. Faktanya lebih kurang sama,” katanya dan menambah permohonan habeas corpus akan difailkan tidak lama lagi.
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Pondan Ugut Pelajar Agar Meliwatnya Kalau Tak Mahu Dipukul!


NAMPAKNYA benda ni makin ‘viral’ dalam internet.

Dalam blog lamanizzs.blogspot.com terdapat satu salinan laporan polis yang dibuat seorang penuntut politeknik mengenai seorang tindakan seorang pondan yang mengugutnya dengan penukul besi, sekiranya pelajar tersebut enggan meliwatnya, wah!

Kekadang dalam zaman yang canggih ni, benda seperti report polis ni mungkin juga sengaja direka-reka atau diedit.

Tetapi pada masa yang sama, perbuatan begini juga bukan sesuatu yang mustahil..maklumlah dalam era akhir zaman ini banyak yang pelik-pelik muncul.

Kalau betullah benda ini berlaku, kesian pula kat pelajar ini kerana terpaksa menjadi pemuas nafsu pondan yang sungguh ‘brutal’ ini.

Lagi ‘perit’, pondan tersebut mengambil gambar kemaluan pelajar berkenaan, memaksanya untuk terus memuaskan nafsunya sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau diugut untuk disantau, iskh!
Read More..

7 Anak Terpintar di Dunia


1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, Anak dari Korea ini dinobatkan sebagai manusia jenius di seluruh dunia. Bayangkan Pada unur 4 tahun, dia sudah bisa membaca hurufJepang, Korea,Jerman,Inggris. Pada umur 5 tahun ia mampu memacahkan masalah pada soal kalkulus. ia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan "Highest IQ" 210.




2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12 
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates. Perkumpulan Orang muda seluruh dunia.




3. Akrit Jaswal : Dokter Bedah usia 7 tahun 
Julukan "anak terpandai di dunia" telah melekat pada Akrit Jaswal, seoarang anak dari India. 
Ia mengejutkan Publik, ketika pada umur 7 tahun melakukan pembedahan pada seorang gadis lokal di tempatnya. 



Gadis itu menderita luka bakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswalpun melakukan pembedahan 



hingga jemari gadis itu bisa terbuka seperti sedia kala.
Saat ini, ia tercatat sebagai dokter paling muda di dunia, ia diterima di Universitas pada usia 11 tahun.




4. Cleopatra Stratan : Bocah Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu 
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. ia adalah pencatat sejarah di Industri musik sebagai seorang penyanyi. Dengan albumnya tahun 2006 La vĂ¢rsta de trei ani ("pada usia 3"). Dia mencatat record seorang artis cilik yang tampil diatas panggung dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit




5. Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun 
Anak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun sudah menunjukkan kualitasnya sebagai jenius, ia memiliki sebuah gedung pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. 



Pada mulanya Mark Jamieson, direktur dari Brunswick Street Gallery di Melbournes Fitzroy. Tretarik melihat sebuah poto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkannya bergabung dalam grupnya karena bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia baru saja menyadari bahwa Aelita adalah anak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.



6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard saat Masih Duduk di Bangku SMA 
Lahir di New York dan tumbuh dewasa di Omaha di 1940. Jenius satu ini, saat kelas empat ia menguasai aljabar, 



saat akhir SD ia sudah bisa geometri, kalkulus dan filsafat. Saat SMU ia memperoleh surat dari Harvard agar melamar sebagai dosen, 



namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu. 
Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi. Sekarang, ia dinobatkan sebagai ahli filsafat terbesar dalam sejarah


7. Michael Kevin Keaulus kuliah pada umur 10 tahun
Kaerny, lahir tahun 1984, ia menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun.
dan tercatat sebagai sarjana termuda. ia mengajar universitas pada usia 17 tahun.

Namanya semakin mencuat kala dia memenangkan sebuah kuis online.

Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutanGold Rush, permainan menguji/teka-teki,
dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan kenyataan online.


sumber
Read More..

Gadis OKU Ditolak Dari Kereta


Gadis OKU Ditolak Dari Kereta
BAGAN : Siapa lagi yang mahu diharap oleh seorang anak istimewa yang memegang kad pengenalan diri sebagai orang kurang upaya (OKU) selain anggota keluarga sendiri.
Namun dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Cantik di sini, dua hari lalu, remaja malang itu, Sofia (bukan nama sebenar) dikatakan telah ditolak keluar dari kereta dipercayai dilakukan oleh anggota keluarganya sendiri.
Sofia, 29, seorang anak tunggal yang mengalami masalah lembam.
Mujur kejadian yang menimpa gadis yang memegang kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu dilihat oleh seorang penduduk kampung.
Saksi kejadian, Sara Che Daud, 54, berkata, dia melihat Sofia terjatuh dipercayai selepas ditolak dari sebuah kereta di jalan masuk ke kampungnya sekitar jam 12.50 tengah hari, Ahad lalu.
Sara ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis kenduri.
Menurut Sara, dia kemudian mendekati remaja itu.
“Saya cukup terkejut apabila mendapati wanita yang ditolak keluar dari kereta itu ialah Sofia yang mempunyai pertalian saudara dengan ahli keluarga saya.
“Saya terus menghubungi seorang anggota keluarga untuk mengambilnya,” katanya.
Bimbang sesuatu yang lebih buruk menimpa gadis istimewa itu, mereka kemudian menghubungi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang untuk minta bantuan..
Ditemui di rumah Sara selepas menziarahi Sofia, David berkata, dia telah melihat keadaan gadis itu semalam dan menghubungi JKM Seberang Perai Utara (SPU) bagi tindakan selanjutnya memandangkan Sofia pemegang kad OKU.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah SPU, Abdul Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya akan ambil Sofia untuk ditempatkan sementara di rumah kebajikan terpilih dan berusaha menjejaki ibu kandungnya bagi bantu menyelesaikan kes penjagaannya. – Sinar Harian
Read More..