Kamis, 27 Februari 2014

VIDEO Obama Berbahasa Indonesia



Agak kecewa apabila mengetahui Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama terpaksa menangguhkan lawatan beliau ke Kuala Lumpur bulan ini ekoran krisis kewangan domestik yang melanda negara itu.

Memetik laporan Bernama semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengmumkan penangguhan itu berikutan penutupan operasi sebahagian agensi pentabdiran negara Uncle Sam itu.

Najib berkata beliau memahami masalah dalaman yang dihadapi Obama dan cabaran yang dihadapi Presiden AS itu dalam menaikkan had maksimum hutang negara pada 17 Oktober nanti.

“Namun demikian, Obama menyatakan beliau tetap berhasrat melawat Malaysia pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Saya menyatakan padanya saya faham keadaan domestik di AS tidak mengizinkannya melakukan lawatan ke Malaysia sekarang, dan sekiranya beliau datang, sudah tentu ia akan dipertikaikan masyarakat di sana.” kata Perdana Menteri dalam satu sidang media di Sepang semalam.

Hari ini kami menemui satu klip video selama 5 minit 27 saat yang menunjukkan Obama sedang berucap di hadapan pelajar dan kakitangan University Of Indonesia di Jakarta ketika lawatan beliau ke ibu kota Indonesia itu pada November 2010.

Obama pernah mendiami Jakarta ketika masih kecil kerana mengikut ibunya yang berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia bernama Lolo Sutoro.

Menurut Obama dalam ucapan itu, ketika itu sekitar tahun 60-an, Jakarta memang kelihatan berbeza dengan tiadanya bangunan pencakar langit.

“Hotel Indonesia pada ketika itu adalah antara bangunan yang tinggi dan hanya ada satu pusat membeli-belah yang besar di Jakarta yang dipanggil Sarina,” kata Obama.

Obama berkata beliau mendiami kawasan Menting Dalam di Jakarta dan ketika itulah beliau belajar mengenali negara dan budaya Indonesia.

“Saya tinggal di dalam sebuah rumah yang kecil, ada sebatang pokok mangga di luar, saya belajar mengenal Indoensia. Bermain layang-layang, berlari di sawah padi, membeli sate, bakso dari gerai-gerai jalanan,” katanya.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar