Selasa, 04 Februari 2014

BIAR BETUL HELP University Cadang Doktor Kehormat Pada Pemimpin Komunis Korea Utara!


TIMBALAN Menteri Pendidikan II P Kamalanathan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai langkah Help University menganugerahkan Anugerah Kedoktoran Kehormat kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-Un.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung penganugerahan Kedoktoran Kehormat dalam bidang ekonomi kepada pemimpin negara komunis itu pada 3 Oktober lalu.

“Saya tidak tahu, terima kasih dengan maklumat itu. Kita akan siasat,” kata dalam sidang medianya di Cheras.

“Ente beri maklumat kepada saya. Saya akan periksa. Terima kasih sebagai makluman,” kata ahli parlimen Hulu Selangor itu lagi.

Beliau turut bertanyakan kepada media mengenai tarikh penganugerahan dan sama ada pemimpin itu hadir untuk menerima anugerah itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Morsidi Sirat turut mencelah dan berkata:

“(Perkara) itu tidak sampai ke meja saya. Mungkin perkara baru. Kita akan semak”.

Naib Canselor insitut itu Paul Chan pula dilapor mempertahankan langkah mereka kerana ia sebagai usaha “untuk membina jambatan bagi menghubungkan dengan rakyat negara itu”.

Chan yang juga presiden pusat pengajian itu berkata negara itu bakal berurusan dengan negara lain dalam “pelbagai cara yang konstruktif” dan “setiap orang akan giat” untuk menawarkan bantuan dan membuat pelaburan.

“Saya sedikit ke hadapan terhadap mereka, iaitu saya berasa tidak ada pihak ketika ini berani untuk membuat langkah ini, walaupun hati mereka memberitahu supaya berbuat demikian,” kata Chan dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar