Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Kamis, 30 Januari 2014

Dua ditahan semula di bawah SOSMA kerana keganasan kata peguam

Oleh Boo Su-Lyn
May 27, 2013
Mahkamah Tinggi telah membuang kes Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim sebelum ini yang mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, namun kedua-dua mereka ditahan semula hari ini. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 27 Mei — Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim ditahan semula pagi ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), walaupun Mahkamah Tinggi membuang kes sebelum ini yang mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, kata peguam.

Peguam Yazid, Fadiah Nadwa Fikri mengatakan hari ini mereka ditahan di bawah Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, jatuh di bawah SOSMA, karana melindungi pengganas untuk aktiviti pengganas, tetapi berkata tidak diketahui jika Halimah Hussein, yang juga telah didakwa di bawah undang-undang keselamatan itu, telah ditangkap semula.

“Sudah tentu ia adalah mala fide,” kata Fadiah kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Mereka gagal dalam pendakwaan pertama. Faktanya lebih kurang sama,” katanya dan menambah permohonan habeas corpus akan difailkan tidak lama lagi.
Read More..

Selasa, 31 Desember 2013

Suami saman isteri kerana miliki wajah hodoh


Awal tahun ini, Jian Feng, bercerai dan menyaman isterinya kerana wajahnya yang hodoh. Jian Feng menang kes ini dan mendapat ganti rugi £75,000. Feng berkata dia mula bertanya wajah isterinya setelah anak perempuan mereka lahir. Dia bergitu terkejut dengan penampilan anak mereka tersebut, yang disebutnya "Luar Biasa hodoh" dan menyebut anaknya tidak mirip dengan kedua orangtuanya. Feng merasa sangat marah dan awalnya menuduh isterinya curang.

Kerana tuduhan tersebut, akhirnya isterinya mengakui bahawa dia telah menghabiskan sekitar £62,000 untuk pembedahan plastik yang mengubah penampilannya jauh sebelum dia bertemu dengan suaminya. Feng mengajukan tuntutan cerai dengan tuduhan bahawa isterinya telah menipunya dan meyakinkan untuk mengahwininya dengan alasan palsu. Para juri akhirnya setuju dengannya dan membenarkan tuntutannya.


P/S - Itulah logiknya, manusia boleh merubah rupa dan fizikal, tapi bila lahirnya anak, mesti ikut rupa asal kan....renungkan.......

Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Wanita Ini Dipenjara Kerana Pertahankan Dirinya Dari Dirogol

Kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan.

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010. 

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.

Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya. Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan “pembunuhan kejam”, tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun.

Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!!

Sumber : mytabloid


Read More..