Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 Februari 2014
Saya sudah sedia mati kata Pak Samad
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK September 08, 2013
Laungan iqamah di Masjid Negara memanggil jemaah segera mendirikan saf untuk sama-sama menunaikan solat Asar secara berjemaah.
Waktu itulah kelibat beliau muncul berbaju Melayu dan berkain samping serba putih membina saf bersama jemaah lain.
Selesai solat, empunya diri yang dimaksudkan Datuk A. Samad said atau lebih mesra digelar Pak Samad menuju ke satu ruangan di pinggir masjid untuk beriktikaf.
Beberapa jam sebelum itu, ada khabar angin mengatakan Pak Samad akan menyerah diri kepada polis selepas solat Asar namun suasana tetap tenang dan sakinah seperti rumah Allah yang lain.
Beliau kelihatan sedang membaca selembar dua dari kitab suci al-Quran sebelum diminta kebenaran untuk ditemubual secara mengejut oleh The Malaysian Insider.
Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, beliau lebih mesra menjawab segala persoalan yang diajukan.
Penerima Anugerah Sasterawan Negara 1985 itu ternyata tersusun pengucapannya malah perkataan yang keluar dari mulutnya sangat indah untuk dihayati.
Read More
Kamis, 30 Januari 2014
Dua ditahan semula di bawah SOSMA kerana keganasan kata peguam
Oleh Boo Su-Lyn
May 27, 2013
May 27, 2013
Mahkamah Tinggi telah membuang kes Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim sebelum ini yang mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, namun kedua-dua mereka ditahan semula hari ini. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 27 Mei — Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim ditahan semula pagi ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), walaupun Mahkamah Tinggi membuang kes sebelum ini yang mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, kata peguam.Peguam Yazid, Fadiah Nadwa Fikri mengatakan hari ini mereka ditahan di bawah Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, jatuh di bawah SOSMA, karana melindungi pengganas untuk aktiviti pengganas, tetapi berkata tidak diketahui jika Halimah Hussein, yang juga telah didakwa di bawah undang-undang keselamatan itu, telah ditangkap semula.
“Sudah tentu ia adalah mala fide,” kata Fadiah kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Mereka gagal dalam pendakwaan pertama. Faktanya lebih kurang sama,” katanya dan menambah permohonan habeas corpus akan difailkan tidak lama lagi.
Langganan:
Postingan (Atom)