Tampilkan postingan dengan label malam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malam. Tampilkan semua postingan
Kamis, 20 Februari 2014
Keputusan PRK Kuala Besut 10 Malam Rabu
BESUT – Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam, Rabu depan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya akan mengumumkan keputusan pada pukul 10 malam bagi menghormati umat Islam menunaikan solat terawih.
“Disebabkan sekarang bulan Ramadan, kita hormati pemimpin-pemimpin politik dan orang ramai untuk beribadat.
“Walaupun proses penjumlahan undi selesai awal dan kita sudah mengetahui keputusan pada pukul 9 malam, SPR tetap akan menunggu sehingga pukul 10 malam untuk diumumkan secara rasmi,” katanya di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau proses pengundian awal oleh anggota tentera dan pasangan serta pegawai polis di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.
Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR menjangkakan kira-kira 75 peratus daripada 16,534 jumlah keseluruhan pengundi biasa akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Rabu depan.
Mengulas mengenai proses pengundian awal, Wan Ahmad berkata beliau yakin peratus keluar mengundi kumpulan berkenaan akan mencecah hampir 95 peratus daripada 1,148 pengundi berdaftar.
Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof. –mStar Online
Kamis, 19 Desember 2013
Kelab Malam Lesen Besar Sampai ke Tengahari
Kuala Lumpur: Seolah-olah mendapat ‘lesen besar’ dan kebal daripada penguatkuasaan, sebuah kelab malam sekitar Kepong, di sini, bukan saja menjadi tumpuan kaki disko untuk berhibur dan terbabit dalam aktiviti maksiat, malah dikesan beroperasi sehingga tengah hari.
Kelab di tingkat lima sebuah pusat beli-belah itu mula beroperasi jam 10 malam sebaik semua lot kedai menutup perniagaan dan berlanjutan sehingga jam 12 tengah hari keesokannya.
Lebih mengejutkan, kelab itu juga menjadi tumpuan lelaki hidung belang kerana turut menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO).
Aktiviti tidak bermoral ini dikesan Metro Ahad selepas dihubungi seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Azani, 30, bagi membongkar aktiviti tidak bermoral di kelab itu.

KELAB malam ini beroperasi mulai malam sehingga tengah hari.
Azani yang bekerja di pusat beli-belah yang menempatkan kelab itu berkata, kegiatan premis berkenaan menjadi buah mulut dalam kalangan kaki disko kerana ia satu-satunya kelab malam di situ.
Langganan:
Postingan (Atom)