Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014

AJK PAS Rakyat patut ubah dalam PRU 13 jika mahu menyelamatkan negara

Wang Haram RM200b: Wajib ubah sebelum parah

Harakahdaily, 21 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia wajib mengubah kerajaan di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, jika mahu menyelamatkan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad.

Menurutnya, BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat.

Ia jelas terbukti dengan pendedahan terbaru Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington bahawa hampir RM200 bilion wang haram mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010.

"Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Beliau turut mengimbau kembali beberapa lagi bukti kelemahan pentadbiran BN termasuk hilang rekod kemasukan Altantuya daripada Imigresen.

Selain itu katanya, sampai sekarang rakyat tertunggu mengenai wang RM40 juta yang mengaitkan nama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia.

"Negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jikalau enjin yang besar pun boleh hilang apalah sangat wang yang boleh dilipat tidak boleh  hilang," katanya.

Selain itu ujarnya, masalah rasuah tidak ditanggani dengan serius di bawah kepimpinan Najib.

Sehingga kini katanya Najin tidak bersedia untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak sembilan tahun lalu.

Kelemahan ketara pentadbiran BN juga katanya dapat dilihat apabila hutang negara semakin meningkat.

Pada tahun 2004 ujarnya, hutang negara berjumlah RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011.

"Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu.

"Fenomena di atas jika rakyat tidak ubah negara akan parah. Telahan Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan tahun 2019 bangkrap ada asasnya," katanya lagi.

Oleh itu tegasnya, rakyat wajib mengubah kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Read More..

Selasa, 31 Desember 2013

28 ahli keluarga sertai PAS di Tanah Merah

Harakahdaily

, 20 Mei 2012

TANAH MERAH, 20 Mei: Sekeluarga 28 ahli Umno Tanah Merah, menyertai PAS di Kampung Kelewek, Bukit Panau, Kelantan dan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.

Borang tersebut diserahkan oleh anak perempuan Arifin Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Pin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustapha, Ketua Sukarelawan PKR, Nik Mahmod Nik Hasan, dan aktivis dan pengerak utama Pakatan Rakyat Tanah Merah, Datuk Dr Nik Saidina.

Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Ketua Pemuda Pas isytihar harta simpanan bank RM9 000

sinarharian
15 November 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Bekas Pegawai RISIK PDRM pula menyertai PAS

08 April 2013

  
BATU GAJAH: PAS mendapat satu lagi ahli daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, kali ini Bekas Pegawai Risik PDRM Pulau Pinang, Syed Hassan Syed Ali menyertai yang PAS semalam.

Borang keahliannya diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludddin dalam satu majlis Minum Petang di Markas PAS Batu 1, Batu Gajah, dekat sini.

Beliau yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM adalah tokoh yang disanjungi oleh masyarakat kawasan “kubu kuat Umno” itu dan kemasukannya ke dalam PAS sekaligus akan memberi kesan kepada Umno di situ.

Katanya, kemasukannya ke dalam PAS adalah atas kesedaran sendiri setelah melihat dasar perjuangannya.

“Hari ini 7 April genap umur saya 57 tahun dan secara rasminya saya mengisytiharkan menyertai perjuangan PAS,” katanya dalam ucapan ringkasnya dan disambut dengan laungan takbir para hadirin.

KedahLanie 

Read more »
Read More..